Assalamualaikum wbt.
Sekarang kita berada pada bulan Zulkaedah, di mana tidak lama lagi akan muncul bulan Zulhijjah, iaitu bulan haji. Bulan untuk para jemaah haji akan menunaikan rukun Islam yang kelima.
Ia juga bulan di mana para muslimin menjalankan ibadah qurban. Saat yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun, di mana ia hanya boleh dibuat dalam masa 4 hari sahaja (Hari raya Aidiladha dan 3 hari Tasyrik, 10-13 Zulhijjah). Ini menjadikannya sangat istimewa dan amat-amat dituntut bagi kita menunaikannya.
Berikut adalah sebahagian daripada kelebihan ibadah korban :
- ibadah qorban tidak boleh dikhadaq, hanya boleh dilunaskan dalam jangka 10-13 Zulhijjah sahaja.
- Waktu yang terhad, hanya 4 hari sahaja dalam setahun (hari raya haji dan hari Tasyrik)
- Kita diharuskan untuk berhutang bagi melaksanakan ibadah korban.
- memberi peluang orang miskin menikmati daging (terutama di Kemboja dan negara-negara miskin yang lain di mana ramai yang tidak mampu untuk membeli daging kerana taraf hidup yang dhaif dan harga daging yang teramat mahal)
Oleh itu, sewajarnya kita yang mempunyai sedikit kemampuan untuk menyumbang sebahagian kecil wang yang kita ada bagi tujuan ibadat korban. Lebih menarik lagi, bagi yang berhajat untuk untuk menunaikan ibadah qurban di Kemboja, anda boleh mendaftar secara atas talian (register online).
Peluang masih lagi terbuka kerana jarak menuju ke 10 Zulhijjah masih panjang. Tempahan untuk qurban (dan juga aqiqah) online untuk tahun ini di Kemboja masih lagi berlangsung. Sila klik link ini untuk booking dan pembayaran.
Jika kita selami dan hayati, teramat banyak hikmah dan kelebihan ibadah korban ini. Jika tidak, kenapa ia begitu ditekankan dalam syariat Islam?
Tambahan pula, ibadah qurban terhad dan perlu dilangsaikan dalam tempoh masa 4 hari sahaja dalam tempoh setahun. Jadiusahlah berlengah, bertindaklah sekarang sebelum ada menyesal.
Berkorbanlah untuk jalan Allah.
Sila baca:
1.Alasan kenapa qurban di Kemboja?
2. Tempahan qurban online.
3. Beza Qurban dan Aqiqah
No comments:
Post a Comment