Monday, July 14, 2014

Tazkirah: Bersedekah Menambah Rezeki dan Keberkatan

Bersedekah merupakan satu perlakuan yang dipandang sangat tinggi oleh Allah dan dimuliakan dalam Islam.  Sedekah akan berkembang di sisi Allah dan rugilah orang yang tidak mengambil peluang untuk bersedekah semasa hayatnya. Bersedekahlah menurut kemampuan, orang kaya bersedekah cara orang kaya dan orang yang kurang berkemampuan boleh bersedekah cara orang yang kurang berkemampuan kerana terdapat ruang yang begitu luas untuk bersedekah.

Sedekah Berkembang Di Sisi Allah.
------------------------------
-------
“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.” (Ar-Ruum: 39)


Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
-------------------------------------------------------
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)


Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.
------------------------------------
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)


Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: "Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya:
Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Nabi Memuji Dua Amalan yang Mulia.
Nabi s.a.w. memuji orang yang suka memberi.
“Dua amalan yang mulia. Memberi makan, dan memberi salam kepada sesiapa sahaja sama ada yang dikenali atau tidak.”


Ketahuilah lebih banyak manfaat bersedekah di dalam ebook
Rahsia Sedekah

Tuesday, July 8, 2014

Sedekah untuk Kaya

 


Nabi pernah berpesan kepada Saidina Ali..

“Wahai Ali... ketika selesai Allah menjadikan syurga, maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?

Jawab Allah: "Untuk orang yang murah hati dan berbakti...

Maka jawab syurga : "Ya, aku redha."

Dan kemudian berkatalah neraka: "Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku?"

Jawab Allah: "Untuk orang yang kikir, kedekut dan sombong... "

Maka jawab neraka: "Ya, aku redha untuk keduanya".

Wahai Ali... Aku lihat tertulis atas pintu syurga:
"Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang menderhaka kepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang".

Wahai Ali... Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, maka nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan dan dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat.

Wahai Ali... Sesungguhnya, orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmat-Nya, jauh daripada siksaan... dan adapun orang yang kikir (kedekut) itu jauh daripada Allah, jauh daripada rahmat-Nya dan hampir kepada siksaan-nya.

Wahai Ali... Takutlah kamu dengan doa orang yang murah hati, kerana sesungguhnya orang yang murah hati itu apabila terlanggar atau tersungkur, Allah akan memegang tangannya.”

Begitulah besarnya  fadhilat orang yang bersedekah iaitu diangkatkan darjatnya, ditulis baginya seribu kebajikan dan doanya dimakbulkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...